ASY'ARIYYAH AW MATURUDIYYAH DALAM I'TIQOD | SALAH SATU DARIPADA EMPAT MADZHAB DALAM FIQIH | BERTARIQAT DALAM TASAWUF

Monday, September 7, 2015

Istiqomah Menuntut Ilmu

foto: al-Alamah al-Habib Abu Bakar al-Adni bin Ali al-Masyhur, Yaman.
Nasihat al-Alamah al Habib Abu Bakar al-Adni:

Diantara kunci untuk seseorang itu menuju ke syurga Allah سبحانه وتعالى adalah dengan ianya terus menuntut ilmu menghadiri majlis ilmu secara istiqomah.


Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga Allah سبحانه وتعالى.

Marilah kita memanfaatkan nikmat umur dan waktu lapang yang diberikan kepada kita dengan kita melakukan perkara kebaikan,perkara-perkara yang mendatangkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى.

Marilah kita menghadiri majlis ilmu berkumpul bersama-sama dengan para ulama dan orang-orang soleh mengambil ilmu daripada dada-dada para ulama, mengambil manfaat untuk kebaikan diri peribadi kita sendiri terutama sekalinya dan juga memberikan manfaat kepada orang lain secara umumnya.

Sesungguhnya umur ini akan berlalu dengan berlalunya zaman atau waktu yang kita lalui.Yang mana seseorang itu apabila ianya menggunakan umur dan waktunya dengan perkara-perkara yang baik,perkara-perkara yang diredhai oleh Allah سبحانه وتعالى, maka ianya akan diberikan kebaikan dan meningkatkan darjat seseorang itu di sisi Allah سبحانه وتعالى di dunia dan juga di akhirat.

Sebaliknya orang-orang yang menggunakan umur dan waktunya dengan perkara-perkara yang maksiat,perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mengikut kepada syahwat maka sudah tentulah nanti khususnya di akhirat nanti dia akan merasakan kerugian yang begitu besar sekali yang mana ianya tidak dapat diganti lagi tidak dapat dikembalikan lagi.

Seseorang yang solat yang ianya hadir untuk mendirikan solat itu adalah merupakan hubungan seorang hamba dengan Allah manakala orang yang hadir di dalam majlis ilmu menjalin hubungan dengan Baginda Nabi ﷺ dikeranakan ia telah warid daripada hadis Baginda Nabi ﷺ yang mengatakan "Sesungguhnya Para Nabi itu tidak mewariskan dirham, dinar, wang, ataupun harta tetapi yang diwariskan adalah ilmu."

Maka barangsiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bahagian yang terbaik.Hari ini kita lihat bermacam-macam keadaan yang terjadi yang berlaku kepada Ummat ini.Hal ini tidak lain adalah kerana kehilangan, kejahilan daripada ilmu.

Nabi Muhammad ﷺ sangat menggalakkan kita untuk mengambil bahagian dalam majlis seumpama ini dikeranakan majlis-majlis yang mengingatkan kepada kita khususnya ilmu-ilmu tentang berkenaan dengan syarak yang mengajarkan kepada kita pengetahuan tentang solat.

Bagaimana untuk kita menunaikan puasa,bagaimana untuk menunaikan haji,bagaimana untuk kita membayar zakat,bagaimana untuk kita menjadi orang yang beradab dan berakhlak,bagaimana untuk kita menunaikan hak-hak suami isteri dan keluarga dan sebagainya.

Sepertimana yang disabdakan oleh Baginda Nabi ﷺ "Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Syurga."

Oleh kerana itu,barangsiapa yang ingin untuk dipermudahkan jalannya menuju ke Syurga Allah maka hadirlah majlis seperti ini kerana ianya merupakan KUNCI yang memudahkan seseorang itu menuju ke Syurga Allah سبحانه وتعالى.

Sesungguhnya majlis seumpama ini (Majlis Selawat, maulid, zikir, ilmu) mempunyai ganjaran dan juga pahala serta kurniaan yang cukup besar yang tidak boleh kita dapatkan di majlis-majlis yang lain daripada majlis seumpama ini.

Majlis seperti ini tidak syak lagi ianya membawa kepada kebaikan kerana ianya diasaskan di atas ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai ikatan dengan Para Solihin yang mana intinya yang telah pun dibentangkan ataupun diajarkan di majlis ini. Kitab-kitab yang dibaca semuanya adalah kitab-kitab yang dibaca oleh Para Solihin yang dikarang oleh Para Solihin. Yang mana ianya mempunyai hubungan dengan Para Solihin khususnya kitab-kitab yang dibaca sepertimana juga turut dibaca di Hadramaut dan negara-negara Islam yang lainnya.

Ini menunjukkan bahawasanya majlis seumpama ini merupakan majlis yang penuh keberkatan yang mana ianya mempunyai ikatan dengan Para Solihin. Kitab-kitabnya mengikut kitabnya mengikut kitabnya Para Solihin dan langkah juga menuju kepada jejak langkahnya Para Solihin. Yang didatangkan kepada kita dengan didapatkan daripada dada Para Ulama sehingga majlis ini adalah majlis yang istimewa yang telah pun ada hubungannya Para Solihin.

Sesungguhnya cara pengambilan ilmu, majlis ilmu ini terbahagi kepada 2 ciri yaitu:
  1. Seseorang yang hadir duduk bersama Para Masyeikh dengan Para Guru-Guru seperti majlis kita ini yang duduk dengan Guru yang belajar secara bertalaqqi dengan Guru yang mempunyai sanad keilmuannya bersambung kepada Baginda Nabi ﷺ.
  2. Seseorang yang belajar ilmu yang mengambil ilmu daripada Sekolah, Universitas dan sistem-sistem yang modern yang ada sekarang ini.
Maka manakah yang istimewa daripada 2 majlis tersebut? Maka sudah tentulah majlis-majlis sepertimana yang kita duduk sekarang ini iaitu kita duduk bertalaqqi bersama Para Masayeikh secara langsung yang mana ianya sangat jauh perbezaannya berbanding pengambilan ilmu daripada Universitas ataupun sistem-sistem moden yang ada sekarang ini yang walaupun di sekolah-sekolah di universitas sekarang ini turut mengajarkan daripada ilmu syariah.

Akan tetapi ianya tidak dapat sama sepertimana duduk mengambil ilmu secara langsung. Walaupun Guru yang mengajar di majlis-majlis yang kita hadir seperti ini tidak mempunyai sijil-sijil sepertimana pensyarah-pensyarah dan sebagainya tetapi ilmu itu diambil daripada Para Masayeikh yang ilmunya barokah yang bersanad sehingga ianya mendatangkan keberkatan kepada orang yang hadir,orang yang mengajar, orang yang belajar sehingga keberkatan majlis itu mengalir kepada orang yang melintasi kepada majlis ini ataupun mungkin ada yang hadir bukan hadir untuk menuntut ilmu tapi disebabkan boring nak isi masa lapangnya,tak tahu buat apa-apa maka mereka juga pun turut mendapatkan keberkatan.

Sepertimana hadis Baginda Rasulullah ﷺ "Mereka adalah kelompok yang tidak akan celaka orang yang duduk di dalamnya (majlis ilmu) "Kelompok yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang mendapatkan as-sakinah(ketenangan). Apa itu sakinah? Ramai di antara kita yang tak faham apa maksud as-sakinah yakni ketenangan itu.

Maksud as-sakinah iaitu yang ianya hadir bersamanya Malaikat. Yang mana bukan dimaksudkan Malaikat yang hadir itu Malaikat yang mencatat kepada amalan kita kiri dan kanan kita tetapi yang dimaksudkan dengan Malaikat yang hadir di majlis ini adalah Malaikat yang khusus yang diutuskan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk "mereka" itu mencari di atas muka bumi ini untuk mencari bau wangi majlis-majlis yang harum seperti ini maka mereka yakni Para Malaikat akan bersama-sama hadir duduk bersama manusia yang hadir di majlis tersebut dan mendoakan mereka.

Yang memang kita sendiri tidak dapat melihatnya tapi kita mengimaninya turut hadir bersama dengan kita ini. Dan bagi mereka yakni orang-orang khusyuk,orang-orang betul-betul menghayati kepada majlis seumpama ini maka merekalah yang akhirnya yang dapat merasai as-sakinah kehadiran Para Malaikat dan juga ketenangan yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Orang-orang yang betul-betul hadir dengan hatinya dengan jiwanya dengan akal fikirannya yang mana mereka itu akan mendapatkan as-sakinah yang sebenarnya iaitu apabila seseorang itu mendapatkan cahaya ilmu dan juga daripada as-sakinah dan mereka itu apabila disebutkan ayat-ayat Allah maka bergetarlah jiwa dan hati mereka itu mengalirlah airmata mereka itu.

Oleh kerana itu saya (Al-Habib Abu Bakar ) menyeru kepada semua orang baik itu di kalangan orang-orang muda lelaki mahupun yang perempuan dan juga kepada mereka yang sudah tua sekalipun.Janganlah sampai kalian terluput ataupun kehilangan untuk hadir majlis seumpama ini kerana majlis seperti ini mempunyai rahsia Allah yang mengingatkan kita yang membuatkan kita bermuhasabah diri yang mana ianya membawa kepada kebaikan.

Walaupun kamu hanya mampu untuk hadir 1 kali seminggu saja tetapi hendaklah kamu hadir secara istiqomah dan juga dengan niat yang betul maka kamu juga pasti akan mendapatkan manfaat yang besar.Dan alangkah baiknya sekiranya kamu mampu untuk hadir secara berterusan setiap hari itu adalah lebih baik bagi diri kamu.

Akan tetapi sebaliknya janganlah sampai kita langsung terus tidak hadir ke majlis ilmu yang walaupun mungkin ada di antara kita yang hadir ini hanya sekadar hadir dan mendengar saja tetapi tidak membawa pen dan buku untuk menulis maka baginya juga tetap mendapatkan manfaat tetapi orang-orang yang ianya betul-betul bersungguh-sungguh yang mana ianya mencatit apa yang didengarnya dan selepas itu ianya mengulangkaji dengan apa yang dia dapatkan itu diamalkannya pula dan disebarkan kepada orang lain maka mereka itu adalah orang yang beruntung mendapatkan manfaat yang begitu besar.
luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com

0 comments :

Post a Comment