ASY'ARIYYAH AW MATURUDIYYAH DALAM I'TIQOD | SALAH SATU DARIPADA EMPAT MADZHAB DALAM FIQIH | BERTARIQAT DALAM TASAWUF

Saturday, September 12, 2015

Mengenal Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari


Beliau adalah Al-‘Allamah Al-mahbub al-fadilatul ustaz Ad-Duktur Syeikh Usamah As-Sayyid Mahmud Muhammad Al-Azhari hafizahullahu dilahirkan di Alexandria pada hari Jum’at, 18 Rejab 1398 H yang bertepatan dengan 16 July 1976 dan dibesarkan di kota Suhaj yang terletak di hulu Sungai Nil.

Beliau menghafal Al-Qur’an dibawah bimbingan ayahandanya yang selalu mendoakan agar Allah Ta’ala berkenan menganugerahi beliau ilmu yang luas.. Pembetangan tesis PHD Dr Usamah Sayid Mahmud Al-Azhari di kuliah usuluddin wa al- dakwah University Al-Azhar di cawangan Zaqaziq.Beliau memperolehi pangkat MUMTAZ (cemerlang) dengan kepujian pangkat pertama.

Kini mengajar di Kulliyah Ushuluddin wad Da’wah Al-Islamiyah di Zaqaziq dan di taklifkan sebagai timbalan mufti mesir.. Beliau mengajar dan menyampaikan pengajian dalam berbagai ilmu keislaman seperti hadits, tafsir, usul fiqh, manthiq, nahwu, dan aqidah.

Beliau telah memperoleh ijazah ilmiyah lebih dari tiga ratus ulama pemilik sanad dari berbagai penjuru dunia Islam. Beroleh kemuliaan dengan bermulazamah serta menyertai banyak ulama besar Al-Azhar maupun para ulama besar negeri Yaman, Syam, dan Maghrib.

Al-‘Allamah Habib Ali hafizahullahu berkata, “Diantara sebab yang menarik dirinya untuk hadir munaqasyah Dr Usamah adalah kerana Dr Usamah diantara ulama muda yang ilmunya melampaui umurnya,ilmunya tentang falsafah zaman sekarang dan peranannya dalam berkhidmat kepada Al-Azhar Al-Syarif.”

Habib Umar Ibn zein pernah berkata dalam pengajiannya: “Diantara ulama yang Allah berikan ilmu pada waktu muda adalah sheikh Usamah Sayyid Al-Azhari.”
luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com

0 comments :

Post a Comment