ASY'ARIYYAH AW MATURUDIYYAH DALAM I'TIQOD | SALAH SATU DARIPADA EMPAT MADZHAB DALAM FIQIH | BERTARIQAT DALAM TASAWUF

Wednesday, August 26, 2015

Nasihat Al Habib Abu Bakar kepada Shabab Dakwah

Habib Abu Bakar alMasyhur
Sekarang saya sedang menziarahi keseluruh pelusuk Malaysia, sedang saya masih berada dalam kesakitan, namun saya masih bersemangat untuk fokus kepada pemuda-pemuda yg bergiat dengan dakwah. Saya mahu pemuda kita keluar dari sikap persempadanan, "ini pelajar Al Habib Umar, yang ini pelajar Al Habib Abu Bakar, yang ini pelajar Al Habib Salim As Syatiri, yang ini pula pelajar Al Habib Muhammad Alwi Al Maliki." Setiap dari mereka ini saling berlumba-lumba di antara satu sama lain. Masing-masing telah besarkan serban mereka, besarkan syal mereka. Seolah-olah mereka itu kerbau yg saling mahu menanduk di antara satu sama lain. Dan tidak mahu duduk bersama, baik di tepi mahupun di hadapan. Mereka juga tidak akan bercakap di antara satu sama lain. Ini maqam saya!!! Ini kedudukan saya!!! Kalian semua seperti berpuak dan berparti. Kamu juga sama seperti pertelingkahan parti di zaman ini. Masing-masing gila kuasa. Barangkali satu masa nanti agama juga akan jadi seperti pilihanraya. Tiada yg akan menaiki mimbar untuk berkhutbah melainkan yg paling banyak undinya. Tiada yg akan mengimami solat melainkan lelaki yg telah terpilih dalam pilihanraya. Apa ini semua!!!!?

Kita semua telah ditimpa dengan satu penyakit. Kita juga ditimpa dengan penyakit umat. Rasullullah SAW ditanya. Apakah penyakit umat? Lalu baginda menjawab; Saling benci dan hasad. Tidak aku katakan ianya membotakkan rambut akan tetapi boleh membotakkan agama. Tidakkah aku tunjukkan kepada kalian dengan sesuatu yg jika kamu lakukan pasti kalian akan saling mengasihi, sebarkan salam di antara kamu.
......................................................
Petikan versi asal nasihat Al Habib Abu Bakar Al Adni di Majlis Haul Al Habib Munzir
🍀نصيحة الحبيب ابوبكر بن علي المشهور لشباب الدعوه في حول الحبيب منذر المساوى بماليزيا ..... 🍀 أنا زرت ماليزيا اﻻن بالرغم ماعندي من اﻻمراض اﻻ أن عندي همة مركزة على شباب الدعوة ، أريد الشباب يخرجوا من دائرة ، هوﻻء طﻻب الحبيب عمر هوﻻء طﻻب الحبيب أبوبكر هوﻻء طﻻب الحبيب محمد علوي المالكي هوﻻء طﻻب الحبيب سالم الشاطري وكل واحديتنافس مع الثاني يكبر عمامته يكبر شاله ويشوف نفسه كأنه ثور بينطح غيره وﻻيبغاه يجلس جنبه وﻻقدامه وﻻحوله وﻻيبغاه يتكلم وﻻيبغاه يتحدث ، الموقع لي والمكان لي ، أنتم مثل اﻻحزاب أنتم وأحزاب الزمان سواء ، صراع، ويمكن يوم من اﻻيام يتحول الدين الى إنتخابات وﻻيطلع المنبر اﻻمن ينتخبونه وﻻيصلي بالناس اﻻ رجل منتخب ، ماهذه الحاله ، أصبنا بهذا الداء أصبناء بداء اﻻمم ، قالوا يارسول الله وماداء اﻻمم قال البغضاء والحسد ... ﻻاقول حالقة الشعر وﻻكنها حالقة الدين.. أﻵ أدلكم على شئ إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السﻻم بينكم..... 🍀🍀
luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com

0 comments :

Post a Comment