Surat Syekh Muhammad al-Maliki, Makkah kepada Gurunya Maulana Zakariyyya al-Khandlawi, India |
Foto tersebut adalah Surat dari Al Allamah Sayyid Muhammad Alawi Al Maliki r.h kepada Ulama’ besar hadith, Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Al Kahdahlawi r.h. iaitu Penyusun Ayat-Ayat Manzil & Kitab Fadhail Amal. : –
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Yang Terulung, Ulama Hadith yang teralim. Yang memiliki keturunan yang cemerlang, Yang sentiasa diliputi keberkatan ,Imam, Pendakwah, Tuan saya juga guru saya : Sheikh Maulana Zakariyya semoga sentiasa dilidungi Allah.
Assalamualaikum wa Rahmatullah
Saya mengucapakan Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga Allah menghasilkan kemakmuran, keberkatan, kegembiraan dan kemesraan. Amin.
Saya mengucapakan berbanyak terima kasih di atas kesudian tuan mengirimkan kepada saya naskah kitab yang terulung, terkenal dan isi serta huraianya yang amat disanjungi, “Bazlul Majhud”, yang mana ianya diperindahkan lagi dengan huraian tuan. Semoga Allah memelihara, menjaga dan sentiasa bersama tuan serta memanjangkan umur tuan di dalam ketaatan dan kecemerlangan di dalam perhambaan diri padaNya. Dan juga semoga IaNya membolehkan kami mengambil menafaat dari tuan. Semoga tuan sentiasa diliputi kemakmuran.
Yang Hina dan disayangi,
Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki
(Khadam Kepada pelajar Universiti Umm al-Qura dan Masjidil Haram)
04/01/1394 H
Rujukan : Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 346 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417H / Januari 1997 ) oleh Maulana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri
0 comments :
Post a Comment