لا يجمع الله هذه الأمة على الضلالة أبدا…يد الله على الجماعة فاتبعوا السواد الأعظم فإنه من شذ شذ في النار
Maksudnya: “Allah Tidak akan mengumpulkan umat ini dalam kesesatan selama-lamanya. Yadd (bantuan) Allah di atas Al-Jamaah. Maka ikutilah As-Sawad Al-A’zhom kerana barang siapa yang syaz (terasing) berarti terasing dalam neraka.” [Hadith riwayat At-Tirmizi, Al-Hakim (no:358), At-Tabrani (Al-Mu’jam Al-Kabir: no: 13461), Al-Baihaqi dalam Al-Asma’ wa As-Sifat dan sebagainya]
Imam Asy Syatibi dalam kitabnya Al-I’thisham menjelaskan bahwa:
وذلك أن الجميع اتفقوا على اعتبار أهل العلم والاجتهاد، وسواء ضموا إليهم العوام أم لا، فإن لم يُضَمُّوا إليهم فلا إشكال أن الاعتبار إنما هو بالسواد الأعظم من العلماء المعتبر اجتهادهم، فمن شذَّ عنهم فمات فميتته جاهلية، وإن ضموا إليهم العوام فبحكم التبع لأنهم غير عارفين بالشريعة، فلابد من رجوعهم في دينهم إلى العلماء فإنهم لو تمالؤا على مخالفة العلماء فيما حدُّوا لهم لكانوا هم الغالب، والسواد الأعظم في ظاهر الأمر، لقلة العلماء وكثرة الجهال، فلا يقول أحد: أنّ اتباع جماعة العوام هو المطلوب، وأن العلماء هم المفارقون للجماعة والمذمومون في الحديث، بل الأمر بالعكس، وإن العلماء هم السواد الأعظم وإن قلوا، والعوام هم المفارقون للجماعة إن خالفوا، فإن وافقوا فهو الواجب عليهم
Maksudnya: Sesungguhnya semua (kelima-lima perkataan tentang As-Sawad Al-A’zhom) sepakat bahwasanya yang diukur dalam hal banyaknya adalah Ahli Ilmu dan Ijtihad, apakah itu merangkum golongan awam ataupun tidak. Jika tidak merangkum pada orang-orang awam, maka tidak ada keraguan lagi bahwasanya ukuran As-Sawad Al-A’zhom adalah merujuk kepada para ulama’ yang diakui ijtihad mereka. barang siapa yang terasing daripada mereka (para ulama’ muktabar), maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. Jika dimasukkan juga orang-orang awam (dalam mafhum As-Sawad Al-A’zhom), maka itu karana hukum mengikut As-Sawad Al-A’zhom (yakni, orang-orang awam mengikut majoritas para ulama’ yang muktabar tersebut). Ini kerana, mereka tidak mengetahui tentang syariah. Maka, hendaklah mereka (orang-orang awam) merujuk kepada para ulama’ dalam urusan agama mereka. Jika mereka (orang-orang awam) beramai-ramai ingin menyalahi ulama’ terhadap batasan yang telah mereka bataskan (dalam manhaj dan disiplin ilmu), maka nescaya merekalah yang menjadi golongan yang mendominasi, dan As-Sawad Al-A’zhom pada zahirnya, kerana kurangnya para ulama’ dan banyaknya orang-orang jahil. Namun, tidak ada seorang pun berkata bahawasanya mengikut jamaah awam adalah yang dituntut (karana alasan mereka banyak) sedangkan para ulama’ keluar daripada jemaah dan dicela dalam hadith ini. Bahkan, betul adalah kebalikannya. Para ulama’ tetap As-Sawad Al-A’zhom walaupun sedikit (di banding orang-orang awam) sedangkan orang-orang awam-lah yang keluar daripada jemaah jika mereka menyalahi para ulama’ (aliran arus perdana dalam kalangan ulama’). Jika mereka mengikut manhaj para ulama’, maka itulah kewajiban mereka. [Al-I’thisham 3/300-315 pada masalah ke-17, cetakan Maktabah At-Tauhid]
Imam As-Syatibi mengatakan bahwa ukuran “majoritas” yang salah jika melihat dari sudut ramainya golongan “awam” yang tiada ulamanya’ dalam kalangan mereka. Sedangkan, “majoritas” yang ditegaskan oleh kita dan para ulama’ sebelum ini adalah “majoritas ulama’” Islam itu sendiri, yang memimpin majoritas umat Islam dalam bidang agama. Maka, jika majoritas atau ramai bilangan itu merujuk kepada para ulama’, lalu mereka diikuti oleh majoritas umat Islam, maka itu adalah suatu yang di setujui oleh Imam As-Syatibi sendiri dalam kitab Al-I’thisham tersebut.
kemudian Imam Asy Syatibi dalam kitabnya Al-I’thisham, meriwayatkan perkataan Ibn Rahuyah bahwa:
Ishaq (bin Rahuyah) berkata:
لو سألت الجهال عن السواد الأعظم لقالوا: جماعة الناس ولا يعلمون أن الجماعة عالم متمسك بأثر النبي صلى الله عليه و سلم وطريقه فمن كان معه وتبعه فهو الجماعة
Maksudnya: Jika kamu bertanya kepada orang-orang yang jahil berkenaan maksud as-Sawad Al-A’zhom, sudah tentu mereka akan menjawab: majoritas/himpunan manusia, dan sebenarnya mereka tidak mengetahui bahawa al-Jama’ah itu adalah seorang alim yang berpegang teguh kepada atsar (jejak/prinsip) Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa Sallam- serta golongan yang sentiasa bersama beliau, dan mereka yang mengikutinya adalah al-Jama’ah. [Al-I’thisham 3/300-315 pada masalah ke-17, cetakan Maktabah At-Tauhid]
Dalam perkataan Imam Ibn Rahuyah ini sedikit pun tidak mengingkari pendapat dan maksud bahawasanya As-Sawad Al-A’zhom adalah kaitan dengan majoritas ulama’ Islam yang memimpin majoritas umat Islam kerana menurut Ibn Rahuyah, orang-orang jahil mengatakan bahawa As-Sawad Al-A’zhom adalah jemaah manusia secara umum.
Imam Asy Syatibi menjelaskan perkataan Ishaq (bin Rahuyah) di atas, bahwa:
فانظر في حكايته تتبين غلط من ظن أن الجماعة هي جماعة الناس وإن لم يكن فيهم عالم وهو وهم العوام لا فهم العلماء فليثبت الموفق في هذه المزلة قدمه لئلا يضل عن سواء السبيل ولا توفيق إلا بالله
Maksudnya: Maka lihatlah, dari sini kita dapat mengetahui kesalahan orang yang menyangka bahwa Al-Jama’ah itu adalah kelompok (atau majoritas) manusia, walaupun tidak terdapat seorang alim pun dalam kelompok mereka,itu hanyalah prasangka orang-orang awam, bukannya femahaman para ulama. Dari itu, kita perlu memperteguh pendirian kita supaya tidak tergelincir sebagaimana mereka dan supaya tidak tersesat memasuki jalan yang buruk. Tiada taufiq untuk itu melainkan hanya dari Allah. [Al-I’thisham 3/300-315 pada masalah ke-17, cetakan Maktabah At-Tauhid]
Menurut Imam As-Syathibi sendiri, jika ukuran banyak itu merujuk kepada para ulama’, maka itulah maksud sebenarnya dari As-Sawad Al-A’zhom. Beliau cuma menafikan jika orang-orang awam Islam yang lebih banyak daripada para ulama’ dalam suatu zaman, lalu mereka (orang-orang awam) menyalahi manhaj para ulama’ (arus perdana di sisi ulama’ muktabar), kemudian As-Sawad Al-A’zhom dinilai pada banyaknya orang-orang awam di banding para ulama’. Ukuran seperti inilah yang salah menurut beliau. Tetapi, jika di bandingkan dgn sesama para ulama’, sudah semestinyalah ukuran majoritas ulama’ merupakan suatu ukuran yang benar dibanding keterasingan ulama yang menyalahi majoritias ulama’ tersebut dalam sesuatu aliran, pegangan dan femahaman yang usul terhadap agama Islam.
oleh: al-Fadhil Ustaz Ahmad Mukhlis bin Jamaludin al-Azhari asy-Syadhuli
oleh: al-Fadhil Ustaz Ahmad Mukhlis bin Jamaludin al-Azhari asy-Syadhuli
0 comments :
Post a Comment