ASY'ARIYYAH AW MATURUDIYYAH DALAM I'TIQOD | SALAH SATU DARIPADA EMPAT MADZHAB DALAM FIQIH | BERTARIQAT DALAM TASAWUF

Tuesday, August 25, 2015

Apakah Maksud "menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi, akan menyesatkanmu dari jalan Allah"?


firman Allah s.w.t.:

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ

Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116)

Penolakan konsep majoriti ulama’ Islam sebagai As-Sawad Al-A’zhom dengan ayat ini adalah suatu Istidlal yang rosak (fasid) kerana konteks ayat ini tidak ada kaitan dengan konsep “majoriti ulama’ Islam” sebagai As-Sawad Al-A’zhom yang telah disebutkan. Ayat ini ditujukan kepada kebanyakan manusia di muka bumi yang sesat dan tidak mengikut kebenaran Islam sama sekali (iaitulah orang-orang kafir).
Imam At-Tabari menafsirkan “ramai manusia di muka bumi” dalam ayat ini sebagai:

-وَإنْ تُطِعْ أكْثَرَ مَنْ فِي الأرْض- من بني آدم، لأنهم كانوا حينئذٍ كفاراً ضلالاً

Maksudnya: “((…Jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi…)) tafsirnya adalah: dari kalangan bani Adam karana mereka pada saat itu adalah orang-orang kafir lagi sesat…” [Tafsir At-Tabari pada ayat ini]

Imam Al-Qurtubi juga secara jelas berkata:

قوله تعالى: { وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي ٱلأَرْضِ } أي الكفار

Maksudnya: “Firman Allah s.w.t. ((Jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini…)) tafsirnya: yaitu  orang-orang kafir…” [Al-Jami’e li Ahkam Al-Qur’an]

Begitu juga dengan ayat (yang maksudnya): “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah”, mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?.” (Surah al-Baqarah, 2: 170)

Berdasarkan pendapat Imam At-Tabari dalam tafsir beliau, melalui beberapa riwayat yang kuat daripada para ulama’ salaf, ayat ini diturunkan kepada suatu kaum daripada golongan Yahudi. Ini adalah tafsiran Saidina Ibn Abbas r.a. dan sebagainya. Bahkan, tafsir bagi perkataan “mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek moyang kami…” berdasarkan sebagian ulama’ salaf adalah mereka (sebagian golongan Yahudi tersebut) menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.. Kesimpulannya, para mufassirin menegaskan bahawasanya, ayat ini diturunkan ke atas orang-orang kafir.
Jadi, bagaimana ayat yang ditujukan kepada orang-orang kafir digunakan untuk menilai konsep dan pendapat majoritas ulama’ Islam sebagai As-Sawad Al-A’zhom? Begitu juga dengan ayat-ayat yang lain yang mengkritik pendapat tentang sawad al adhom; banyaknya manusia, yang mana itu ditujukan kepada orang-orang kafir. Sikap begini sangat tidak tepat. 

Rujuklah perkataan Saidina Ibn Umar r.a. sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari  secara ta’liq tentang khawarij:-

إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في المشركين فجعلوها على المؤمنين

Maksudnya: “Mereka mencari ayat-ayat al-Quran yang ditujukan kepada orang kafir tetapi mereka tujukan kepada orang beriman”.

Oleh sebab itu , Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti menegaskan tentang As-Sawad Al-A’zhom sebagai berkata:

لا السواد الأعظم من العالم، وإنما تدعوا إلى السواد الأعظم من المسلمين

Maksudnya: Tidaklah maksud As-Sawad Al-A’zhom (dalam seruan mengikut As-Sawad Al-A’zhom itu) daripada seluruh alam (merangkumi semua manusia termasuk orang-orang kafir) tetapi As-Sawad Al-A’zhom adalah dari kalangan orang-orang Islam.

oleh: al-Fadhil Ustaz Ahmad Mukhlis bin Jamaludin al-Azhari asy-Syadhuli
luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com

0 comments :

Post a Comment