ASY'ARIYYAH AW MATURUDIYYAH DALAM I'TIQOD | SALAH SATU DARIPADA EMPAT MADZHAB DALAM FIQIH | BERTARIQAT DALAM TASAWUF

Wednesday, September 30, 2015

Mengenal Maulana Hussain Abdul Qadir Yusufi


 
Beliau lahir pada tanggal 20 September 1958
Beliau mahir 7 Bahasa : Burma, English, Arab, Parsi, Urdu, Melayu, Thailand.

Kepakaran :

  1. Syarahan Kitab Hadis (Muwatha' Imam Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie, Ibnu Majah).
  2. Fiqh mazhab Hanafi & mazhab Syafie.
  3. Berkemahiran dalam ilmu usuluddin, segenap ilmu hadis, kepelbagaian fiqh, tafsir, tasawuf dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan disini.
Riwayat Pengajian :
  1. Selepas tamat persekolahan peringkat menengah, beliau mula menceburi bidang agama di مدرسة مظاهر العلوم selama 4 bulan pengajian sahaja (namun ianya bersamaan dgn tiga tahun pengajian biasa)
  2. Kemudian beliau menyambung pengajian di مدرسة اسعدية yang diasaskan oleh Maulana Yusuf Al-As'adi selama dua tahun.
  3. Seterusnya beliau menangguhkan pengajian beliau di madrasah tersebut untuk mencedok ilmu di مدرسة اشاعة العلوم selama dua tahun.
  4. Akhir sekali, beliau menamatkan pengajian beliau di مدرسة اسعدية iaitu madrasah utama beliau.
  5. Di Malaysia, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian dengan mengikuti kelas khusus bagi bekas murid-murid Tuan Guru yang memegang jawatan Imam dan tenaga pengajar.
  6. Maulana Hussein juga pernah berguru dengan Tuan Guru Haji Harun Pauh Lima, Pondok Moden Kandis.
  7. Maulana Hussein juga mengikuti kelas khusus untuk mengajar SMU@STU di bawah Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri Kota Bharu dibawah pimpinan Guru-Guru Pondok berpengalaman tinggi.
Guru Utama :
  1. Maulana Yusuf Al-As'adi hafizhohullah
  2. Maulana Mustafa Al-Nadwi hafizhohullah
  3. Maulana Ubaidullah hafizhohullah
  4. Maulana Alauddin Al-Afghani hafizhohullah
  5. Dan lain-lain Muhadithin yang mempunyai sanad bersambung kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Mempunyai sanad hadis melalui Maulana Salimullah Khan hafizhohullah (penuntut hadis pasti mengetahui darjat sanad beliau)
Pengajian bersama beliau :
  • Tertumpu di pondok2 dan masjid2 sekitar Kelantan
  • Singapura
  • Sabah
  • Selangor
  • Johor
  • Universiti Kebangsaan Malaysia 
____________________________

Pada kali ini, saya mahu menumpukan kepada GELARAN beliau iaitu Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi

  • Jika kita perhatikan nama sebenar guru kita yang mulia ini ialah Hussein Bin Abdul Kadir.
  • Soalnya daripada mana datang 'Yusufi' pada belakang nama beliau?
  • Kebiasaan ulama atau muhadith akan menisbahkan nama beliau kepada tempat lahir @ tempat belajar @ nama madrasah.
  • Hal yang berbeza berlaku kepada Maulana Hussein kerana gelaran 'Yusufi' ialah dinisbahkan kepada nama gurunya iaitu Maulana Yusuf Al-As'adi
  • Maulana Yusuf Al-As'adi sendiri yang memberikan gelaran itu kepada Maulana Hussein. Hal ini kerana beliau ialah murid kesayangan dan murid yang paling banyak berkhidmat kepada Maulana Yusuf.
Hal yang sama juga berlaku kepada Maulana Yusuf Al-As'adi, gelaran 'Al-As'adi' juga diberikan sendiri oleh gurunya iaitu Maulana Asadullah (Nazim/Mudir kepada Madrasah Mazhahir Al-Ulom dan sahabat karib kepada Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi)
  • Maulana Asadullah hanya memberikan gelaran 'Al-As'adi' kepada murid kesayangannya dan murid yang paling banyak memberi khidmat kepadanya iaitu Syeikhul Hadis Maulana Yusuf Al-As'adi
  • Maulana Yusuf Al-As'adi juga merupakan murid Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi dan sahabat karib kepada Maulana Yunus Jounpori
~ Syeikhul Hadis Maulana Yunus Jounpori merupakan murid kesayangan Rais Al-Muhadithin Syeikhul Hadis Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi.
~ Manakala Syeikhul Hadis Maulana Yusuf Al-As'adi merupakan murid kesayangan Syeikhul Hadis Al-Nazim Maulana Asadullah (Mudir/Nazim Madrasah Mazhahir Al-Ulom).

=> kata Maulana Hussein:

  • "Ketika itu, di antara muhadithin yang paling alim di India ialah Maulana Zakariyya dan Maulana Asadullah."
  • "Maulana Zakariyya membimbing Maulana Yunus Jounpori lebih kepada kepandaian ilmu-ilmu hadis sebagai penganti beliau"
  • "Maulana Asadullah pula membimbing Maulana Yusuf Al-As'adi lebih kepada fiqh dan fatwa sebagai penganti beliau"
** Daripada dua Syeikhul Hadis (Maulana Zakariyya & Maulana Asadullah) lahir dua ulama besar yang masih hidup sehingga kini:
  • Muhadith Hind Syeikhul Hadis Maulana Yunus Jounpori
  • Mufti Myanmar Syeikhul Hadis Maulana Yusuf Al-As'adi
** Daripada Syeikhul Hadis Maulana Yusuf Al-As'adi lahirlah:
  • Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi

"Sekarang, nilailah pada diri sendiri"


oleh: Hafiz al Za'farani
luvne.com resepkuekeringku.com desainrumahnya.com yayasanbabysitterku.com

0 comments :

Post a Comment